Kamis, 26 Desember 2013

Bapa Paling Tua Di Dunia Hilang Isteri Anak


INDIA – Bapa paling tua di dunia, Ramajit Raghav, 97, kini `patah hati’ selepas isterinya, Shakuntala Devi, 50-an, meninggalkan dia bersama dengan anak lelaki mereka yang genap setahun, esok.

Tindakan Shakuntala itu menjadikan luka Ramajit semakin perit, terutama selepas anak sulong mereka yang berusia tiga tahun, Bikramjeet, hilang di sebuah stesen bas, kira-kira enam bulan lalu.


“Tahun lepas merupakan saat bahagia kepada saya, apatah lagi dengan kelahiran Ranjeet pada 5 Oktober 2012. Namun tahun ini, saya sendirian dan kesunyian serta bertemankan dinding rumah sahaja,’’ katanya.

Raghav telah membuat laporan polis dan setiap hari dia akan menunggu di depan pintu rumah, menantikan kepulangan isteri dan anak tersayang.

“Dia meninggalkan saya minggu lepas tanpa sebarang pesan. Dia hanya keluar sambil mendukung Ranjeet. Saya tidak tahu kenapa dia pergi begitu sahaja,’’ katanya.

Raghav menjadi tumpuan media pada 2010 selepas menjadi bapa paling tua dengan mendapat anak pada usia 94 tahun.

Dia yang juga pesara kerajaan, berkahwin kali pertama pada usia 24 tahun dan selepas isterinya meninggal, dia menduda selama 25 tahun.

Selepas itu barulah dia mengahwini Shakuntala.

Namun selepas 23 tahun hidup bersama wanita itu, Shakuntala akhirnya memilih haluan hidup sendiri.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar